2007年1月5日 星期五

胡椒銷售局易名為大馬胡椒局



2007年1月1日起,胡椒銷售局已易名為大馬胡椒局

胡椒銷售局(Pepper Marketing Board)如今是馬來西亞或大馬胡椒局(Malaysian Pepper Board)

易名儀式是於2007年1月4日,由大馬種植與原產業部長拿督陳華貴在古晉主持。


LATAR BELAKANG PENUBUHAN MPB (LEMBAGA LADA MALAYSIA) ::
Jemaah Pemasaran Lada (JPLH) ditubuhkan melalui Peraturan-Peraturan Jemaah Pemasaran Lada Hitam 1971 P.U. (A) 447 pada 10 Disember 1971 oleh Menteri Pertanian Malaysia berdasarkan kepada kuasa yang termaktub dalam seksyen 6 Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 [Akta 141].

Peranan JPLH adalah untuk mengatur, mengurus, mengawal dan memperbaiki pemasaran lada iaitu khusus melaksanakan peranan dalam bidang pemasaran sahaja.

Pada 27 Mac 2004 atas Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2004 [P.U. (A) 206/2004], JPLH telah dipindahkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Dibawah perintah tersebut, JPLH dipertanggungjawabkan untuk


1. menggalakkan, membangunkan dan memajukan industri lada hitam;

2. menyediakan infrastruktur asas pengeluaran, khidmat nasihat, pemindahan teknologi dan pemasaran lada kepada pekebun.
Bagi memastikan perancangan pembangunan industri lada dilaksanakan secara lebih teratur, menyeluruh dan supaya menerajui segala usaha untuk memperkasakan lagi industri lada dalam sektor penyelidikan dan pembangunan peringkat huluan dan hiliran terutama bidang bioteknologi dan pembangunan produk dan bagi mencapai hala tuju baru yang telah ditetapkan oleh Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan tersebut, kerajaan berpendapat sebuah badan baru yang mempunyai skop kuasa dan peranan baru yang lebih luas perlu ditubuhkan bagi menggantikan JPLH.


Beberapa mesyuarat telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Jemaah Pemasaran Lada Hitam, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak untuk mengenal pasti hala-tuju baru industri lada Malaysia dan juga skop badan baru yang akan diwujudkan.

Berikutan itu, Rang Undang-Undang Lembaga Lada Malaysia 2006 telah digubal dan pada 26 Jun 2006 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan 19 Julai 2006 oleh Dewan Negara. Dengan kelulusan Parlimen seperti tersebut dan kuat kuasa pewartaan pada 1 Januari 2007, Lembaga Lada Malaysia dengan rasminya telah ditubuhkan.

Lembaga Lada Malaysia akan dilancarkan oleh Y.B. Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada 4 Januari 2007 bertempat di Hotel Hilton, Kuching.


沒有留言: